Sabtu, 6 Jun 2020

Perubahan besar dalam masa terdekat, kata PH


Pakatan Harapan (PH) memberi bayangan merampas semula Putrajaya selepas pemimpin tertingginya mengadakan pertemuan malam tadi.

Selain pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut hadir dalam pertemuan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution.


“Pemimpin utama Pakatan Harapan telah bertemu malam ini dan ulangi komitmen untuk bersama kukuhkan Pakatan Harapan dalam membuat setiap keputusan dan tindakan politik.

“Pakatan Harapan akan membuat semua keputusan berdasarkan konsensus.

“Insya Allah perubahan besar dalam masa terdekat,” catat PH di Twitter.





Pakatan Harapan

@pakatanharapan_
Pimpinan utama Pakatan Harapan telah bertemu malam ini & ulangi komitmen untuk bersama kukuhkan Pakatan Harapan dalam membuat setiap keputusan & tindakan politik.

Pakatan Harapan akan membuat semua keputusan berasaskan konsensus.

InshaAllah perubahan besar dalam masa terdekat.

View image on TwitterView image on TwitterView image on Twitter
2,248
11:01 PM - Jun 4, 2020
Twitter Ads info and privacy
711 people are talking about this


PH sebelum itu mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal, tanpa kehadiran Anwar dan wakil PKR.

Desas-desus mengatakan PH, termasuk serpihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Dr Mahathir dan Warisan kembali memiliki bilangan majoriti kerusi Dewan Rakyat, beberapa bulan selepas hilang sokongan pada Februari lalu.

Semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh meletakkan jawatan kabinet selepas mengakui “melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN).”

Media turut melaporkan beberapa pemimpin kabinet daripada PPBM akan turut mengikut jejak langkah Shahruddin dalam masa terdekat.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama