Ahli parlimen Lubok Antu keluar PKR, sokong kerajaan PN
Dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama di sini malam tadi, beliau turut menyatakan ikrar sokongan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
“Saya telah berbincang dengan para penyokong saya dan mereka bersetuju agar saya menyokong penuh kerajaan PN demi kebaikan dan pembangunan kawasan Lubok Antu,” katanya.
Menurutnya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, beliau bertanding sebagai calon Bebas dan menang atas mandat rakyat sebelum bersama penyokong-penyokongnya menyertai PKR yang menjadi sebahagian kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Pada PRU itu, Jugah memenangi kerusi Lubok Antu dengan 5,834 undi, mengatasi calon Barisan Nasional, Robert Pasang Alam yang mendapat 4,775 undi dan calon PKR, Nicholas Bawin Anggat (3,942 undi).
Susulan keputusannya untuk keluar PKR, PH Sarawak kini hanya menguasai lapan daripada 31 kerusi Parlimen di negeri ini manakala MP yang menyokong PN seramai 21 orang dan dua MP berkecuali. — Bernama
Label: Politik
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama