Isnin, 8 Jun 2020

Mayat seorang lelaki ditemui terapung di sempadan perairan Malaysia-Indonesia


HIBA: Ismail kelihatan menangis bersama anak mangsa (tengah) sebaik menerima khabar penemuan mayat mangsa.
TAWAU: Mayat seorang lelaki ditemui terapung di sempadan perairan Malaysia-Indonesia, di sini, hari ini, dipercayai Nurul Maslan Sabran, 34, yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu.


Difahamkan mayat mangsa ditemui keluarganya yang turut keluar mencari sejak kelmarin, ditemukan kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Utusan Borneo yang kebetulan baharu tiba di rumah keluarga mangsa, sebentar tadi terkejut apabila terdengar suara tangisan pilu ahli keluarga lain termasuk tiga anak mangsa antara dua hingga tujuh tahun.

Adik mangsa, Ismail Sabran, 33, ketika ditemui mengesahkan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, sehingga kini, tiada pengesahan diterima dari pihak berkuasa.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama