Rabu, 27 Mei 2020

Pelakon Didakwa Bawa Lari Isteri Orang


PELAKON lelaki berusia 23 tahun ditahan polis malam tadi selepas didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Suspek ditahan jam 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang.

Menurut sumber, polis turut merampas telefon bimbit dan kad sim bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat suami wanita terbabit.

"Pelakon terbabit yang pernah berlakon beberapa drama dan filem didakwa membawa lari wanita yang juga pengurusnya berusia 24 tahun kelmarin dan hanya disedari suaminya yang pulang ke rumah kira-kira 8 malam.

"Difahamkan mereka mula menjalin hubungan terlarang itu sejak tahun lalu selepas wanita itu bekerja dengan suspek sebelum kemuncaknya dia keluar rumah dan mengikut pelakon itu," katanya.

Sumber berkata, susulan laporan itu, polis kemudian memanggil suspek bagi membantu siasatan dan ditahan.

"Semakan juga mendapati pelakon itu memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Difahamkan suspek direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.

Katanya, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).
-Harian Metro
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 12:35 PM

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama