Rabu, 27 Mei 2020

Hukum mati pemandu mabuk, Malaysia wajar ikut Taiwan


Warga maya menyarankan hukuman mati kepada pemandu mabuk agar kemalangan maut membabitkan golongan itu tidak berulang.

Mereka berpandangan hukuman mati perlu diperluaskan kerana memandu dalam keadaan mabuk cenderung meragut nyawa.


“Beratkan hukuman paling realistik. Patut hukuman mati untuk pemandu mabuk. Pengedar dadah boleh hukum mati kenapa tidak pemandu mabuk?

“Sama-sama boleh membunuh. Tindakan haramkan penjualan arak perlukan keajaiban di Malaysia untuk berlaku,” coret Shafiq Sukardi di Twitter.

Pandangan yang dipersetujui warga maya ekoran kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk di Semambu, Kuantan malam semalam.


Seorang lagi warga maya berpandangan Malaysia wajar mencontohi Taiwan yang sudah menguatkuasakan hukuman berkenaan.

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama