Debak Dilanda Banjir
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin, berkata kampung terbabit ialah Babu Hilir membabitkan 103 keluarga, Kampung Babu Hulu (101), Kampung Bungey Hilir (133), Kampung Bungey Hulu (85), Kampung Lalang Hilir (88) dan Kampung Lalang Hulu (140).
Beliau berkata, kejadian itu berlaku akibat limpahan air Sungai Rimbas ekoran hujan lebat sejak petang semalam.
"Keadaan menjadi lebuh buruk apabila paras air sungai meningkat disebabkan hujan lebat sejak semalam dan bertembung pula dengan air pasang besar.
"Pemindahan penduduk mungkin dilakukan namun keputusannya bergantung kepada perbincangan Pegawai Tadbir Daerah dengan ketua masyarakat di kawasan ini," katanya.
Ismail berkata, pemantauan pihaknya pagi ini mendapati air Sungai Rimbas menunjukkan peningkatan.
"Ini menyebabkan kawasan rumah dan jalan raya dinaiki air sedalam 0.5 meter.
"Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) kini dikerah membantu penduduk memindahkan barang ke tempat tinggi," katanya.
Label: Pilihan
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama