Rabu, 3 Jun 2020

Pemandu bas London diludah 60 kali semasa ‘lockdown’


DI LONDON definisi petugas barisan hadapan tidak hanya terhad kepada doktor, polis, dan jururawat, tetapi juga merangkumi pemandu bas Perkhidmatan Pengangkutan London (TfL).

Angka yang meletakkan mereka di barisan hadapan agak itu amat tidak menyenangkan kerana sejumlah 43 kematian adalah berikutan jangkitan Covid-19 membabitkan pekerja pengangkutan, lapor bbc.com.

Daripada jumlah itu enam mangsa bertugas secara terus untuk TfL, 33 untuk syarikat-syarikat bas, dan 29 orang sebagai pemandu bas.

Selain itu sebilangan pemandu teksi dan kereta sewa turut maut kerana dijangkiti Covid-19.

Paling mengejutkan apabila mendapati sebanyak 60 laporan kes penumpang yang meludah ke arah pemandu bas sejak perintah ‘lockdown’ dikuatkuasakan di London.

Di bawah undang-undang British, kesalahan tersebut dikategorikan sebagai serangan kecil dan polis sekadar meletakkan keutamaan kepada usaha untuk menangkap pelaku untuk dicaj menggunakan bukti hasil ujian DNA dan rakaman CCTV.

Beberapa pendakwaan telah dilakukan, termasuk terhadap seorang lelaki berusia 23 tahun yang dihukum penjara 10 bulan kerana meludah ke arah seorang pemandu bas.

Susulan itu serangan ke atas pemandu perkhidmatan pengangkutan di London kini meletakkan mereka antara petugas barisan hadapan kerana berdepan dengan risiko bahaya jangkitan.

-BebasNews

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama