Ahad, 7 Jun 2020

Dua warga asing ditahan bersama 100.24g syabu


TAWAU: Dua lelaki warga asing dipercayai tokan dadah, bakal berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup selepas ditahan bersama 100.24gram (g) syabu bernilai lebih RM11,000.00 di kawasan perairan Tinagat, di sini, semalam.

Kedua-dua suspek, masing-masing berumur 20 dan 29 tahun ditahan oleh sepasukan anggota Unit Risikan Marin (URM) dari Pasukan Polis Marin (PPM) yang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan pada jam 6.40 petang.

Dua suspek ditahan anggota Unit Risikan Marin, PPM di kawasan perairan Tinagat, di sini, semalam.- Foto ihsan PPM
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah Empat Tawau, Deputi Superintenden Mohd Nazari Ismail, berkata anggota bot peronda URM terserempak sebuah bot dalam keadaan mencurigakan secara tiba-tiba memecut laju.

Katanya, anggota bot peronda kemudiannya bertindak mengejar bot terbabit sebelum berjaya dipintas dan ditahan untuk pemeriksaan.

“Selepas diperiksa kedua-dua suspek didapati membawa dua plastik lutsinar putih yang di dalamnya mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis Syabu seberat 100.24 kilogram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Nazari berkata, kedua-dua suspek bersama barang rampasan termasuk bot laju bersama enjin sangkut dianggar kan berjumlah RM18,000.00 di bawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kedua-dua suspek masing-masing disiasat mengikut Sekyen 39 (b) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 jika sabit kesalahan dihukum mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan tidak kurang daripada 15 sebatan,” katanya.- BH Online

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama